TERMA
& SYARAT
Terma
dan syarat berikut perlu dipatuhi semasa menginap di KSD Inn.
- Tetamu adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan guest house ini dan barang-barang yang disediakan di dalamnya semasa tempoh penginapan. Pastikan pintu dan grill pagar berkunci semasa keluar meninggalkan guest house ini atau tidur di waktu malam ataupun siang.
- Semua suis elektrik hendaklah dipadam selepas digunakan atau sewaktu keluar meninggalkan guest house.
- Tetamu yang menginap tidak
dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang
disediakan di dalam guest house ini. Jika berlaku kecurian atau kerosakan
pihak KSD Inn berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian
kepada pihak polis.
- Tidak dibenarkan membawa keluar
barang-barang yang terdapat di dalam guest house ini tanpa kebenaran pihak
KSD Inn.
- Sila menjaga kebersihan di dalam
atau luar guest house. Gunakan kemudahan tong sampah yang disediakan untuk
membuang sampah atau bungkusan makanan yang tidak diperlukan.
- Tidak dibenarkan membawa
masuk semua jenis minuman keras dan
binatang peliharaan.
- Pihak KSD Inn tidak sama sekali
menerima tetamu yang berpasangan atau berkumpulan yang bercampur lelaki
dan perempuan dan tidak mempunyai hubungan keluarga atau mahram.
- Sebarang perbuatan menyalahi
hukum agama dan mengganggu
ketenteraman kawasan kejiranan adalah dilarang sama sekali.
- Aktiviti –aktiviti berunsur jenayah dan/atau tidak bermoral termasuk parti liar adalah dilarang sama sekali.
- Pihak KSD Inn tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan, kerosakan atau kecederaan pada tubuh badan atau harta benda tetamu di atas kecuaian dan kelalaian semasa menginap di guest house ini.
No comments:
Post a Comment