Friday 30 September 2016

Salam Awal Muharam 1438H

Assalamualaikum..

Cepatnya masa berlalu. Hari ini (01.10.2016) bersamaan  29 Zulhijjah 1437 Hijrah, bermakna esok dah 1 Muharram 1438 Hijrah. Melangkah ke tahun baru, semoga Allah memberi kita kesihatan, dimurahkan rezeki, dan ditingkatkan iman kita. In Sya Allah..=).



Disebabkan 1 Muharram jatuh  pada hari ahad tahun ni, jadi hari Isnin cuti lagi..hehe. Kepada ibubapa-ibubapa yang anak-anak mereka ada belajar di sekitar Muadzam Shah seperti Uniten, Politeknik Muadzam Shah, atau sekolah-sekolah berasrama di sini bolehla luangkan masa datang melawat anak anda. 

Jika perlukan penginapan untuk bermalam, jangan risau..Guest House KSD Inn menyediakan penginapan yang selesa untuk anda disamping harga yang murah..=)

PROMOTE SIKIT..=).


Tuesday 27 September 2016

GUEST HOUSE KSD INN DI DALAM GOOGLE MAP


Assalamualaikum..

Untuk pengetahuan semua, Guest House KSD Inn sekarang dah ada dalam Google Map..!! Hehe.


Lepas ni senang la siapa-siapa yang datang luar dari Muadzam Shah dan ingin menginap di Guest House KSD Inn nak cari di mana terletaknya Guest House KSD Inn ni..=)


IKLAN:

** Kadar penginapan di Guest House KSD Inn = RM150.00 semalam (Promosi)

** Nombor untuk dihubungi : 09-452 4289 / 012- 463 3780 (Bob)


~ Guest House KSD Inn ni antara penginapan paling murah dan selesa di Muadzam tau..=). Jemputlah datang ye. In Sya Allah lepas tu mesti nak datang lagi..Hehe.

Wednesday 21 September 2016

Ceramah Oleh Ustaz Azhar Idrus Di Masjid Al - Muadzam Shah


Assalamualaikum..

Makluman untuk peminat - peminat Ustaz Azhar Idrus..=)



Jangan lepaskan peluang untuk mendengar ceramah bermanfaat daripada Ustaz Azhar Idrus dan bertemu face to face dengan beliau terutama kepada penduduk di sekitar Muadzam Shah, Pahang.

***Bagi peminat Ustaz Azhar Idrus luar dari kawasan Muadzam Shah yang ingin menghadiri ceramah beliau ini dan tercari-cari penginapan yang selesa dan berpatutan boleh la menginap di Guesthouse KSD Inn..hehe. Lokasi Guesthouse KSD Inn terletak berhampiran dengan Masjid Al-Muadzam Shah di tengah Bandar Muadzam Shah.

Semoga Beroleh Ilmu Yang Bermanfaat .. Aamiin..


IKLAN..=)



HOMESTAY MUADZAM SHAH : GUESTHOUSE KSD INN


TERMA & SYARAT

Terma dan syarat berikut perlu dipatuhi semasa menginap di KSD Inn.

  • Tetamu adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan guest house ini dan barang-barang yang disediakan di dalamnya semasa tempoh penginapan. Pastikan pintu dan grill pagar berkunci semasa keluar meninggalkan guest house ini atau tidur di waktu malam ataupun siang.

  • Semua suis elektrik hendaklah dipadam selepas digunakan atau sewaktu keluar meninggalkan guest house.

  • Tetamu yang menginap tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan di dalam guest house ini. Jika berlaku kecurian atau kerosakan pihak KSD Inn berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.

  • Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam guest house ini tanpa kebenaran pihak KSD Inn.

  • Sila menjaga kebersihan di dalam atau luar guest house. Gunakan kemudahan tong sampah yang disediakan untuk membuang sampah atau bungkusan makanan yang tidak diperlukan.

  • Tidak dibenarkan membawa masuk  semua jenis minuman keras dan binatang peliharaan.

  • Pihak KSD Inn tidak sama sekali menerima tetamu yang berpasangan atau berkumpulan yang bercampur lelaki dan perempuan dan tidak mempunyai hubungan keluarga atau mahram.

  • Sebarang perbuatan menyalahi hukum agama dan mengganggu  ketenteraman kawasan kejiranan adalah dilarang sama sekali.

  • Aktiviti –aktiviti berunsur jenayah dan/atau tidak bermoral termasuk parti liar adalah dilarang sama sekali.

  • Pihak KSD Inn tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan, kerosakan atau kecederaan pada tubuh badan atau harta benda tetamu di atas kecuaian dan kelalaian semasa menginap di guest house ini.

Monday 19 September 2016

HOMESTAY MUADZAM SHAH :GUEST HOUSE KSD INN

RULES:

1) Penginapan untuk Muslim sahaja.
Ø Perseorangan ataupun berkeluarga.
Ø Jika berpasangan mestilah telah berkahwin.

2) Masa Check In / Check Out :
Ø Check In         : 2.30 p.m
(Dibenarkan check in awal jika tiada tetamu yang menginap sebelumnya)
Ø Check Out      : 12.00 p.m

3) Kadar :
1        Malam : RM150.00 (harga promosi)
** Penginapan jangka masa panjang : boleh runding

4) Bayaran :
Deposit : RM50/hari (masa tempahan)
~ Pembatalan Tempahan :
·        Sekurang-kurangnya 2 hari sebelum hari tempahan (check in)
·        Pembatalan kurang dari 2 hari pengembalian akan dikurangkan 50%
Baki Bayaran : Semasa Check In

5)  Pemberian & Pemulangan Kunci:
·        Kunci diserahkan semasa  waktu check in

·        Penyerahan semula kunci mestilah selewat-lewatnya pukul 12.00 pada hari check out


Friday 16 September 2016

HOMESTAY MUADZAM SHAH - KEMUDAHAN DI GUEST HOUSE KSD INN



BILIK 1

  • Set bilik tidur ( 1 katil queen + 1 meja solek + 1 almari )
  • 1 bantal extra
  • Air cond
  • Kipas
  • Hanger
  • Sejadah
  • Tong Sampah



BILIK 2

  • Set bilik tidur ( 1 katil queen + 1 meja solek + 1 almari )
  • 1 bantal extra
  • Air cond
  • Kipas
  • Hanger
  • Sejadah
  • Tong Sampah

RUANG TAMU
  • Aircond
  • Kipas
  • Set Sofa Kayu ( 2 + 3 ) + Coffee Table
  • Tv (Njoy)
  • Iron + Iron Board
  • Cermin Dinding
  • Tong Sampah




DAPUR
  • Kipas
  • Set Meja Makan ( 6 seat)
  • Peti Ais
  • Kettle
  • Jug Air
  • Cawan / Gelas
  • Pinggan 
  • Set Sudu
  • Pencuci Pinggan Mangkuk
  • Tong Sampah


HOMESTAY DI MUADZAM SHAH : HARGA PROMOSI GUEST HOUSE KSD INN

PROMOSI SEMPENA AWAL PEMBUKAAN GUEST HOUSE KSD INN

Sempena awal pembukaan Guest House KSD Inn, kami menawarkan harga promosi bagi tetamu yang ingin menginap di sini iaitu RM150.00 semalam..=).



Sesiapa yang sedang mencari penginapan di Muadzam Shah, Guest House KSD Inn adalah pilihan terbaik untuk anda..Penginapan yang selesa dengan pelbagai kemudahan pada harga yang murah..=).

Terima kasih..

HOMESTAY DI MUADZAM SHAH:GUEST HOUSE KSD INN

LOKASI GUEST HOUSE KSD INN

Guest House KSD Inn terletak di tengah - tengah bandar Muadzam Shah. Lokasi yang senang dicari dan sangat strategik. Berdekatan dengan bank-bank, kedai serbaneka 24 jam, kopitiam dan kedai makan 24 jam, klinik dan farmasi, masjid serta pelbagai kemudahan lain.

Peta Lokasi Guest House KSD Inn Di Tengah Bandar Muadzam Shah:

Guest House KSD Inn terletak di Tingkat Atas bangunan kedai di MM36, Medan Mewah bersebelahan dengan pejabat UMNO Bahagian Rompin.


Di tingkat bawah Guest House KSD Inn terdapat Kedai Coop Mart iaitu kedai runcit yang menjual surat khabar, majalah, barang runcit, makanan ringan, minuman, barang penjagaan diri, topup dan pelbagai kemudahan lain lagi.Kedai ini juga diuruskan oleh pihak Koperasi Serbaguna DARA Berhad. Tetamu Guest House KSD Inn boleh membeli barang keperluan mereka di sini tanpa perlu berjalan jauh.



Thursday 15 September 2016

GUEST HOUSE KSD INN, MUADZAM SHAH,PAHANG DARUL MAKMUR
(Diuruskan oleh Koperasi Serbaguna DARA Berhad)

TARIKH MULA BEROPERASI : 01.09.2016 (KHAMIS)


NOTA:

Guest House KSD Inn telah menerima tempahan pertama pada 03.09.2016 (Sabtu), 2 hari selepas beroperasi. Terima kasih di atas kepercayaan diberikan. Jangan serik memilih KSD Inn sebagai tempat penginapan anda lagi..=).