Friday 2 December 2016

Kalendar Tempahan Bulan Disember Terkini

Disember 2016 

Assalamualaikum..




YEY!! CUTI SEKOLAH DATANG LAGI..=)

Assalamualaikum..


Yey!! Cuti sekolah datang lagi..=) Sekejap je dah masuk bulan Disember kan. Bulan Disember ni semua orang tau, bulan cuti sekolah. Ramai la ibu bapa yang dah plan nk bawak anak-anak bercuti ke mana-mana.Tak kurang juga banyak juga la kenduri sana-sini.Hehe. 

Macam biasa, kita ni mesti la nak promote kita punya Guesthouse. Hehe. Sape2 yang ada nak kemana-mana, pergi berjalan ke, pergi kenduri ke, yang lalu di Muadzam Shah, meh la jenguk2 kita punya Guesthouse. Sambil2 melihat dan mengenal Bandar Muadzam Shah. Boleh pulak macam tu ye? Hehe.

Boleh..Ada guest yang menempah Guesthouse KSD Inn sebagai transit persinggahan untuk dia berehat dalam perjalanan dia ke tempat lain. Rasa tak berbaloi? Tak la..Kadar kita masih lagi pada harga promosi iaitu RM150.00 semalam, tak kisah la cuti hujung minggu ke, cuti sekolah ke..Baik tak kita??Hehe.

Ok, terima kasih sape2 yang tersinggah n terbaca blog kita ni..Klau dah ada rasa tu..Hubungi nombor di bawah ye..=)

GUESTHOUSE KSD INN
Tel : 09-452 4289 / 012-463 3780 (Bob)


Terima kasih

Monday 28 November 2016

UPDATED KALENDAR GUESTHOUSE KSD INN

Assalamualaikum..




Untuk tempahan sila hubungi nombor berikut :

Tel : 09-452 4289 / 012-463 3780 (BOB)

Terima kasih...=)

Friday 18 November 2016

TEMPAHAN BULAN NOVEMBER 2016

Updated Kalendar Guesthouse KSD Inn Bulan November 2016

Assalamualaikum..



Untuk bulan November 2016, tarikh-tarikh seperti di dalam kalendar telah ditempah. Tarikh-tarikh lain masih lagi kosong. Sape-sape yang ingin membuat tempahan untuk tarikh-tarikh yang masih lagi kosong boleh menghubungi nombor yang diberikan.

Untuk makluman, kebanyakan yang menempah Guesthouse KSD Inn adalah tetamu yang pernah menginap di sini dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan..=)

So?? Jangan ragu-ragu untuk menempah Guesthouse KSD Inn sebagai tempat penginapan anda ye..Hehe.

Nombor untuk dihubungi :
Tel : 09-452 4289 / 012-463 3780 (Bob)

Terima kasih

Friday 4 November 2016

Istimewa November Di Muadzam Shah

Assalamualaikum..

Apa yang istimewa di Muadzam Shah bulan November ini?? =)



Alhamdulillah..
Kepada pencinta-pencinta masjid dan pencinta - pencinta ilmu, Masjid Tengku Ampuan Afzan , Bandar Satelit, Muadzam Shah telah menjemput beberapa penceramah terkenal untuk memberikan Kuliah Maghrib Perdana di masjid ini sepanjang bulan November ini.

Oleh itu, sama-sama lah kite memeriahkan majlis ilmu ini dan memperoleh ilmu yang bermanfaat daripada mereka terutama kepada mereka yang berada di sekitar Muadzam Shah. 

Bagi mereka yang berada di luar Muadzam Shah, kedatangan anda juga dialu-alukan.Sama -sama lah kita mengutip pahala di ladang ilmu ini. Bagi yang risaukan tempat untuk menginap, jangan risau..Guesthouse KSD Inn menyediakan penginapan yang sangat selesa pada kadar yang murah. Bagi yang datang beramai-ramai, Guesthouse KSD Inn boleh memuatkan lebih daripada 5 orang. Guesthouse KSD Inn mempunyai 2 bilik dan ruang tamu yang luas..


Kadar : RM 150.00 / malam (promosi)

Cepat buat tempahan daripada sekarang. Untuk bulan November ini, masih terdapat kekosongan. Cepat sebelum terlambat..=)


Untuk tempahan boleh menghubungi nombor berikut :

Tel : 09-452 4289 / 012-463 3780 (Bob)

Terima Kasih..

Wednesday 26 October 2016

UPDATE KALENDAR TEMPAHAN GUESTHOUSE KSD INN

Assalamualaikum..




Updated kalendar Bulan Oktober 2016, November 2016 dan Disember 2016 yang terkini. Masih terdapat kekosongan untuk bulan November 2016 dan Disember 2016. Cuti sekolah akan bermula pada 26 November 2016 nanti, mesti ada parents yang anak mereka belajar di Muadzam Shah kan.Bagi parents yang datang dari jauh untuk mengambil anak mereka sempena cuti sekolah ini dan mencari-mencari tempat penginapan untuk berehat, bolehlah menempah Guesthouse KSD Inn sekarang. Sebelum terlambat..=).

Ofcoz jugak, cuti-cuti sekolah nanti banyak kenduri kawen diadakan. Jika ada sesiapa yang mendapat jemputan perkahwinan di Muadzam Shah, ataupun kawasan berdekatan yang inginkan penginapan yang selesa dan murah, boleh terus membuat tempahan sekarang. Kadar yang dikenakan masih lagi sama iaitu RM 150.00 /malam iaitu harga promosi..

Nombor untuk dihubungi seperti berikut :

Tel: 09-452 4289 / 012 - 463 3780 (Bob)

Terima kasih..


Thursday 20 October 2016

UPDATE : KALENDAR BULAN OKTOBER 2016

OKTOBER 2016


Sesiapa yang berminat untuk menginap di Guesthouse KSD Inn sepanjang berkunjung ke Muadzam Shah untuk tarikh-tarikh yang masih kosong boleh menghubungi nombor berikut :

Tel : 09-452 4289 /012-4633780 (Bob)

TERIMA KASIH...=)


Wednesday 19 October 2016

KALENDAR TEMPAHAN GUESTHOUSE KSD INN

Assalamualaikum..

Berikut adalah kalendar tempahan Guesthouse KSD Inn untuk bulan Oktober 2016 ini sehingga Disember 2016 nanti. Masih terdapat kekosongan untuk sesiapa yang mempunyai perancangan untuk menginap di Muadzam Shah dalam tempoh ini. Jangan segan, jangan malu untuk menghubungi pihak kami untuk tempahan ye..=).





Nombor untuk dihubungi seperti berikut :

Tel : 09-452 4289 / 012-463 3780 (Bob)

Terima kasih..

Wednesday 12 October 2016

THANK YOU GUEST !! =)

Assalamualaikum..

Thank You Guest !! Berbunga-bunga hati bila mendapat perhargaan dari tetamu yang menginap di Guesthouse KSD Inn..=)



Terima kasih kerana memilih Guesthouse KSD Inn sebagai tempat penginapan anda. In Sya Allah pihak kami akan sentiasa memberi perkhidmatan terbaik untuk tetamu-tetamu kami. Jangan serik untuk menginap di sini lagi ye..=)

Kepada yang ingin membuat tempahan, nombor untuk dihubungi seperti di bawah :

Tel: 09- 452 4289 / 012-463 3780 (Bob)

Terima kasih.

Thursday 6 October 2016

Salam Jumaat - Penghulu Segala Hari


[07.10.2016 / 6 Muharam 1438 / Jumaat]

Assalamualaikum..



* Guesthouse KSD Inn masih lagi kosong untuk tarikh-tarikh berikut :

>> 07.10.2016 (Jumaat)
>> 08.10.2016 (Sabtu)
>> 09.10.2016 (Ahad)

Untuk tempahan boleh hubungi nombor berikut : 09-452 4289 / 012-463 3780 ( Bob)

Terima kasih.. Have a nice weekend.. =)

Friday 30 September 2016

Salam Awal Muharam 1438H

Assalamualaikum..

Cepatnya masa berlalu. Hari ini (01.10.2016) bersamaan  29 Zulhijjah 1437 Hijrah, bermakna esok dah 1 Muharram 1438 Hijrah. Melangkah ke tahun baru, semoga Allah memberi kita kesihatan, dimurahkan rezeki, dan ditingkatkan iman kita. In Sya Allah..=).



Disebabkan 1 Muharram jatuh  pada hari ahad tahun ni, jadi hari Isnin cuti lagi..hehe. Kepada ibubapa-ibubapa yang anak-anak mereka ada belajar di sekitar Muadzam Shah seperti Uniten, Politeknik Muadzam Shah, atau sekolah-sekolah berasrama di sini bolehla luangkan masa datang melawat anak anda. 

Jika perlukan penginapan untuk bermalam, jangan risau..Guest House KSD Inn menyediakan penginapan yang selesa untuk anda disamping harga yang murah..=)

PROMOTE SIKIT..=).


Tuesday 27 September 2016

GUEST HOUSE KSD INN DI DALAM GOOGLE MAP


Assalamualaikum..

Untuk pengetahuan semua, Guest House KSD Inn sekarang dah ada dalam Google Map..!! Hehe.


Lepas ni senang la siapa-siapa yang datang luar dari Muadzam Shah dan ingin menginap di Guest House KSD Inn nak cari di mana terletaknya Guest House KSD Inn ni..=)


IKLAN:

** Kadar penginapan di Guest House KSD Inn = RM150.00 semalam (Promosi)

** Nombor untuk dihubungi : 09-452 4289 / 012- 463 3780 (Bob)


~ Guest House KSD Inn ni antara penginapan paling murah dan selesa di Muadzam tau..=). Jemputlah datang ye. In Sya Allah lepas tu mesti nak datang lagi..Hehe.

Wednesday 21 September 2016

Ceramah Oleh Ustaz Azhar Idrus Di Masjid Al - Muadzam Shah


Assalamualaikum..

Makluman untuk peminat - peminat Ustaz Azhar Idrus..=)



Jangan lepaskan peluang untuk mendengar ceramah bermanfaat daripada Ustaz Azhar Idrus dan bertemu face to face dengan beliau terutama kepada penduduk di sekitar Muadzam Shah, Pahang.

***Bagi peminat Ustaz Azhar Idrus luar dari kawasan Muadzam Shah yang ingin menghadiri ceramah beliau ini dan tercari-cari penginapan yang selesa dan berpatutan boleh la menginap di Guesthouse KSD Inn..hehe. Lokasi Guesthouse KSD Inn terletak berhampiran dengan Masjid Al-Muadzam Shah di tengah Bandar Muadzam Shah.

Semoga Beroleh Ilmu Yang Bermanfaat .. Aamiin..


IKLAN..=)



HOMESTAY MUADZAM SHAH : GUESTHOUSE KSD INN


TERMA & SYARAT

Terma dan syarat berikut perlu dipatuhi semasa menginap di KSD Inn.

  • Tetamu adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan guest house ini dan barang-barang yang disediakan di dalamnya semasa tempoh penginapan. Pastikan pintu dan grill pagar berkunci semasa keluar meninggalkan guest house ini atau tidur di waktu malam ataupun siang.

  • Semua suis elektrik hendaklah dipadam selepas digunakan atau sewaktu keluar meninggalkan guest house.

  • Tetamu yang menginap tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan di dalam guest house ini. Jika berlaku kecurian atau kerosakan pihak KSD Inn berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.

  • Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam guest house ini tanpa kebenaran pihak KSD Inn.

  • Sila menjaga kebersihan di dalam atau luar guest house. Gunakan kemudahan tong sampah yang disediakan untuk membuang sampah atau bungkusan makanan yang tidak diperlukan.

  • Tidak dibenarkan membawa masuk  semua jenis minuman keras dan binatang peliharaan.

  • Pihak KSD Inn tidak sama sekali menerima tetamu yang berpasangan atau berkumpulan yang bercampur lelaki dan perempuan dan tidak mempunyai hubungan keluarga atau mahram.

  • Sebarang perbuatan menyalahi hukum agama dan mengganggu  ketenteraman kawasan kejiranan adalah dilarang sama sekali.

  • Aktiviti –aktiviti berunsur jenayah dan/atau tidak bermoral termasuk parti liar adalah dilarang sama sekali.

  • Pihak KSD Inn tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan, kerosakan atau kecederaan pada tubuh badan atau harta benda tetamu di atas kecuaian dan kelalaian semasa menginap di guest house ini.

Monday 19 September 2016

HOMESTAY MUADZAM SHAH :GUEST HOUSE KSD INN

RULES:

1) Penginapan untuk Muslim sahaja.
Ø Perseorangan ataupun berkeluarga.
Ø Jika berpasangan mestilah telah berkahwin.

2) Masa Check In / Check Out :
Ø Check In         : 2.30 p.m
(Dibenarkan check in awal jika tiada tetamu yang menginap sebelumnya)
Ø Check Out      : 12.00 p.m

3) Kadar :
1        Malam : RM150.00 (harga promosi)
** Penginapan jangka masa panjang : boleh runding

4) Bayaran :
Deposit : RM50/hari (masa tempahan)
~ Pembatalan Tempahan :
·        Sekurang-kurangnya 2 hari sebelum hari tempahan (check in)
·        Pembatalan kurang dari 2 hari pengembalian akan dikurangkan 50%
Baki Bayaran : Semasa Check In

5)  Pemberian & Pemulangan Kunci:
·        Kunci diserahkan semasa  waktu check in

·        Penyerahan semula kunci mestilah selewat-lewatnya pukul 12.00 pada hari check out


Friday 16 September 2016

HOMESTAY MUADZAM SHAH - KEMUDAHAN DI GUEST HOUSE KSD INN



BILIK 1

  • Set bilik tidur ( 1 katil queen + 1 meja solek + 1 almari )
  • 1 bantal extra
  • Air cond
  • Kipas
  • Hanger
  • Sejadah
  • Tong Sampah



BILIK 2

  • Set bilik tidur ( 1 katil queen + 1 meja solek + 1 almari )
  • 1 bantal extra
  • Air cond
  • Kipas
  • Hanger
  • Sejadah
  • Tong Sampah

RUANG TAMU
  • Aircond
  • Kipas
  • Set Sofa Kayu ( 2 + 3 ) + Coffee Table
  • Tv (Njoy)
  • Iron + Iron Board
  • Cermin Dinding
  • Tong Sampah




DAPUR
  • Kipas
  • Set Meja Makan ( 6 seat)
  • Peti Ais
  • Kettle
  • Jug Air
  • Cawan / Gelas
  • Pinggan 
  • Set Sudu
  • Pencuci Pinggan Mangkuk
  • Tong Sampah


HOMESTAY DI MUADZAM SHAH : HARGA PROMOSI GUEST HOUSE KSD INN

PROMOSI SEMPENA AWAL PEMBUKAAN GUEST HOUSE KSD INN

Sempena awal pembukaan Guest House KSD Inn, kami menawarkan harga promosi bagi tetamu yang ingin menginap di sini iaitu RM150.00 semalam..=).



Sesiapa yang sedang mencari penginapan di Muadzam Shah, Guest House KSD Inn adalah pilihan terbaik untuk anda..Penginapan yang selesa dengan pelbagai kemudahan pada harga yang murah..=).

Terima kasih..

HOMESTAY DI MUADZAM SHAH:GUEST HOUSE KSD INN

LOKASI GUEST HOUSE KSD INN

Guest House KSD Inn terletak di tengah - tengah bandar Muadzam Shah. Lokasi yang senang dicari dan sangat strategik. Berdekatan dengan bank-bank, kedai serbaneka 24 jam, kopitiam dan kedai makan 24 jam, klinik dan farmasi, masjid serta pelbagai kemudahan lain.

Peta Lokasi Guest House KSD Inn Di Tengah Bandar Muadzam Shah:

Guest House KSD Inn terletak di Tingkat Atas bangunan kedai di MM36, Medan Mewah bersebelahan dengan pejabat UMNO Bahagian Rompin.


Di tingkat bawah Guest House KSD Inn terdapat Kedai Coop Mart iaitu kedai runcit yang menjual surat khabar, majalah, barang runcit, makanan ringan, minuman, barang penjagaan diri, topup dan pelbagai kemudahan lain lagi.Kedai ini juga diuruskan oleh pihak Koperasi Serbaguna DARA Berhad. Tetamu Guest House KSD Inn boleh membeli barang keperluan mereka di sini tanpa perlu berjalan jauh.



Thursday 15 September 2016

GUEST HOUSE KSD INN, MUADZAM SHAH,PAHANG DARUL MAKMUR
(Diuruskan oleh Koperasi Serbaguna DARA Berhad)

TARIKH MULA BEROPERASI : 01.09.2016 (KHAMIS)


NOTA:

Guest House KSD Inn telah menerima tempahan pertama pada 03.09.2016 (Sabtu), 2 hari selepas beroperasi. Terima kasih di atas kepercayaan diberikan. Jangan serik memilih KSD Inn sebagai tempat penginapan anda lagi..=).